AL-QURAN AL-KARIM Rasm Uthmani,
RM 30.00 = 1 Naskhah ( 6 Bahagian / 6 Nama )
RM 5.00 = 1 Bahagian / 1 Nama
Beli dan Wakaf naskhah Al-Qur'an secara on-line / bank-in :-
BANK MUAMALAT MALAYSIA BHD
FAHD AGENCY
1403 - 000 6232 - 71 - 3
FAHD AGENCY
1403 - 000 6232 - 71 - 3
Nama-nama yang diniatkan
Whatsapp
012 - 7474 388
014 - 9658 133
012 - 7474 388
014 - 9658 133
Pelancaran secara rasmi untuk wakaf naskhah AL-QURAN AL-KARIM Rasm Uthmani, TERJEMAHAN Dalam Bahasa Melayu di MASJID NEGARA pada 01 Mac 2019.
***TERKINI ***
Surat Kebenaran Dan Sokongan PERBADANAN WAKAF SELANGOR kepada syarikat FAHD AGENCY ~ Qur'an Wakaf; untuk menjalankan Program Jualan Amal Wakaf Naskhah Al-Qur'an Peringkat Negeri Selangor telah diluluskan oleh pihak PWS pada 29 Jamadil Awal 1437H.
Rujukan PWS : PWS/BDP/002/23 Jld 2
IBADAH WAKAF DALAM ISLAM
Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada ALLAH s.w.t. (taqarrub ilallah) menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak.
Definisi Wakaf Pada Syarak
Dari Segi Istilah: Wakaf ialah menahan harta benda yang kekal ainnya (zatnya) yang boleh diambil atau digunakan manfaatnya untuk tujuan kebajikan dan diserahkan ke tempat atau pihak yang ditentukan, serta terhalang dari boleh digunakan secara berleluasa terhadap benda yang diwakafkan dan dimanfaatkan itu dengan harapan ianya dapat mendekatkan dirinya kepada ALLAH s.w.t.
Hukum Mewakafkan Harta Dan Hikmahnya
Hukum wakaf di sisi jumhur ulama selain mazhab Hanafi adalah sunat dan digalakkan. Ianya terhasil dari amalan pemberian sedekah yang digalakkan.
Firman ALLAH s.w.t.:
Maksudnya: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.” (Surah ali-Imran:92)
Sejarah telah membuktikan, Islam pernah mencapai zaman kegemilangan ekonomi yang sangat hebat. Hinggakan tiada seorang pun yang layak menerima zakat kerana tahap kemiskinan adalah sifar. Ia berikutan perancangan ekonomi yang sistematik dan teliti yang diamalkan oleh pemerintah Islam pada zaman tersebut, di samping mengaplikasikan amalan ekonomi Islam dalam pemerintahan.
Sehinggakan kemuncak kepada gagasan wakaf pada zaman Khalifah Uthmaniyyah iaitu, “Seseorang dilahirkan dalam rumah yang diwakafkan, tidur dalam buaian yang diwakafkan, membaca buku yang diwakafkan, mengajar dalam sekolah yang diwakafkan, menerima gaji daripada pentadbiran wakaf, dan akhirnya bila ia mati kelak, urusan jenazahnya adalah atas pentadbiran wakaf dan ia dikuburkan dalam tanah perkuburan wakaf.”
Betapa tingginya nilai rahmat dan kasih ALLAH s.w.t. terhadap hamba-Nya, memberikan peluang untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah berada di alam barzakh.
Sekarang terserahlah kepada kita untuk mengambil peluang keemasan ini selagi hayat masih ada. Oleh itu, marilah kita merebut peluang dengan meraih pahala yang berlipat ganda dengan amalan bersedekah dan berwakaf semata-mata kerana ALLAH s.w.t.